Sunday, December 30, 2012

50sen2005-DDR-002


Identiti: 50sen 2005DDR-002

Keterangan: 

50 sen 2005 Acuan Berganda pada bahagian belakang (Doubled Die Reverse).

Harga: VF = RM4, EF = RM10, UNC = RM20

Diagnosis: 

Gandaan dapat dilihat pada atas perkataan BANK NEGARA MALAYSIA serta SEN. Tiada pemisahan sebarang imej boleh dilihat. Penggandaan mengambil bentuk ketebalan tambahan pada huruf, digit atau elemen reka bentuk.

Acuan Berganda ini boleh diletakkan Class 6: Gandaan Hab Mengembang
Ini boleh berlaku kerana working hub adalah lebih lembut daripada working die dan semasa proses hab, imej terubah bentuk . Huruf adalah lebih tebal dan mendatar daripada acuan biasa.

















Friday, November 16, 2012

20sen2008-DDR-001


Identiti: 20sen2008-DDR-001

Kelas DD dan Kategori: sedang dalam proses analisis

Harga: VF = RM10, EF = RM20, UNC = RM40

Diagnosis:

Gandaan boleh dilihat pada keseluruhan perkataan BANK NEGARA MALAYSIA, SEN dan 2008. Stigma bunga raya dan hujung bawah angka 2 dalam 20 (besar) juga boleh diperhatikan ada gandaan.


10sen2006-DDO-001

Identiti: 10sen2006-DDO-001

Keterangan:

10 sen 2006 Acuan Berganda di bahagian Hadapan (Doubled Die Obverse).



Diagnosis:

Gandaan boleh dilihat dengan jelas pada bahagian hujung kepada congkak dan hujung tikar atas.


Acuan Berganda ini mungkin boleh diletakkan dalam Class 5: Berpangsi Hub Doubling dengan Pivot Point berada sekitar jam 4.




kredit gambar mnfaj




5sen2009-DDO-001


Identiti: 5sen2009DDO-001

Keterangan:

5 sen 2009 Acuan Berganda di bahagian Hadapan (Doubled Die Obverse).



Diagnosis:

Gandaan boleh dilihat dengan jelas pada bahagian atas gasing dan pada hujung kedua-dua belah tali gasing. Gandaan semakin berkurangan menuju ke tengah bahagian Obverse dan semakin kurang mendekati jam 6.

Acuan Berganda ini mungkin boleh diletakkan dalam Class 5: Berpangsi Hub Doubling dengan Pivot Point berada sekitar jam 6.

Thursday, November 15, 2012

Senarai Device Variety

1 sen
  • 1sen2002-RDV
    •  1sen2002-RDV-001
    •  1sen2002-RDV-002
    •  1sen2002-RDV-003
5 sen
10 sen
20 sen
50 sen
RM1

1 sen 2002 Device Variety Reverse

   
1sen2002-DV-001

Variety 1sen2002-RDV-001 (Thin 1 Thick BNM)

  • Thin 1
  • Sightly bold "BANK NEGARA MALAYSIA" lettering
  • Lettering "BANK NEGARA MALAYSIA" nearer to the rim
  • Normal hibiscus flower with thick filaments and obvious serrated leaves
1sen2002-DV-002
  

Variety 1sen2002-RDV-002 (Thin 1 Thin BNM)
  • Thin 1
  • Thin "BANK NEGARA MALAYSIA" lettering
  • Lettering "BANK NEGARA MALAYSIA" nearer to the rim
  • Nomal hibiscus flower with thin filaments and mildly serrated leaves.
1sen2002-DV-003
Variety 1sen2002-RDV-003 (Thick 1)

  • Bold 1
  • Bold "BANK NEGARA MALAYSIA" lettering
  • Lettering "BANK NEGARA MALAYSIA" nearer to the center
  • Slightly bigger hibiscus flower

Wednesday, November 14, 2012

10sen2007-DDR-001


Identiti: 10sen2007-DDR-001

Keterangan:

10 sen 2007 Acuan Berganda di bahagian Belakang (Doubled Die Reverse) yang meliputi kesemua devices berdekatan dengan rim (BANK NEGARA MALAYSIA, 2007, SEN), angka 10, dan bunga raya.



Diagnosis:

Gandaan yang sangat ketara pada kesemua devices yang berdekatan dengan rim. Gandaan paling ketara berlaku pada bahagian berdekatan dengan rim dari jam 8 ke jam 10 manakala minimum daripada jam 2 hingga jam 4.


Acuan Berganda ini mungkin boleh diletakkan dalam Class 5: Pivoted Hub Doubling dengan Pusat Pangsi (Pivot Point) berada di kawasan sekitar jam 9 berdekatan dengan rim.

Gambar daripada:


mnfaj

Galeri gambar:

Thursday, November 1, 2012

MALAYSIA COIN 1 SEN 1980 DOUBLED DIE REVERSE DDR

kredit gambar dari mnfaj

Identiti: 1sen1980DDR-001

Keterangan:

1 sen 1980 Acuan Berganda di bahagian Belakang (Doubled Die Reverse).



Diagnosis:

Gandaan boleh dilihat dengan jelas bermula daripada kawasan jam 3 hingga ke jam 8 di mana gandaan semakin jelas ke arah rim luar. Pembentukan "lurah" akibat daripada pemisahan serif dan hujung angka boleh dilihat dengan jelas pada perkataan SEN, 1980 dan bunga raya di sebelah kanan. Gandaan juga boleh dilihat pada hujung kanan kaki angka 1 di tengah syiling.


Acuan Berganda ini mungkin boleh diletakkan dalam Kelas 5: Gandaan Hab Berpangsi (Class 5: Berpangsi Hub Doubling) dengan Pusat Pangsi (Pivot Point) berada di kawasan sekitar jam 11.






Entri daripada blogger depankanta dan mnfaj.


Wednesday, October 31, 2012

SENARAI SYILING DD/TD YANG DIJUMPAI SETAKAT INI

1 sen
5 sen
10 sen
20 sen
50 sen
  • 1984 DDO
  • 1991 DDO
  • 1993 DDO/DDR (ForgeryCoin)
  • 2002 TDR
  • 2005 DDR (1)
  • 2005 DDR (2)
  • 2005 DDR (ForgeryCoin)
  • 2009 DDR
RM1
  • 1993 DDO

MALAYSIA COIN 5 SEN 1976 DOUBLED DIE REVERSE DDR

kredit gambar dari Kuan Seng

Identiti: 5sen1976DDR-001

Keterangan:

5 sen 1976 Acuan Berganda di bahagian Belakang (Doubled Die Reverse).

Harga: VF = RM2, EF = RM4, UNC = RM10

Diagnosis:

 Perkataan MALAYSIA dan 1976 mempunyai gandaan yang jelas. Gandaan paling jelas boleh dilihat pada huruf "IA" dalam perkataan MALAYSIA. Pada ekor kepala nombor 5 juga mempunyai gandaan di mana boleh dilihat perpisahan bucu antara imej pertama dan imej kedua.


Acuan Berganda ini mungkin boleh diletakkan dalam Kelas 5: Gandaan Hab Berpangsi (Class 5: Berpangsi Hub Doubling).Boleh dilihat pada kawasan jam 2 mempunyai gandaan yang paling jelas dan pada jam 8 mempunyai gandaan yang paling minima. Maka, Pusat Pangsi (Pivot Point) nya adalah pada jam kawasan berdekatan jam 8.




Entri daripada blogger depankanta.